Wednesday, July 7, 2010

Seorang Talam

Kisah seorang talam
Usah disalah faham
Bukannya sebuah talam

Semuanya kau salam
Bicara penuh dalam
Selain kau semua tenggelam

Sama-sama makan nasi
Nasinya sahaja yang tidak basi
Berbekal kipas sebesar gergasi
Dia sapu semua sisi
Asalkan perut penuh berisi
Barulah tinggi darjat posisi

Gagah perkasa ketika menikam
Duri ditusuk dalam sekam
Peluang baik bijak menikam
Ketepikan segala hukum-hakam
Janji kejayaan wajib terakam

Talam ialah talam
Dan talam adalah talam
Bermuka dua semenjak silam

No comments:

Post a Comment